JAKARTA: Harga purata beras di Indonesia meningkat pada semua peringkat runcit, borong dan pengilangan pada Oktober 2026, menurut Badan Pusat Statistik (BPS) pada Isnin.

Menurut badan itu, purata harga runcit beras kini mencecah Rp15,765 (RM3.52) sekilogram.

Harga purata borong pula sebanyak Rp14,994 (RM3.35) sekilogram, manakala harga di peringkat pengilangan mencapai Rp14,365 (RM) sekilogram.

Timbalan Ketua BPS bagi Statistik Pengedaran dan Perkhidmatan, Ateng Hartono berkata, angka berkenaan merupakan harga purata bagi pelbagai kategori kualiti beras dan wilayah di seluruh Indonesia.