Kuala Lumpur: Kewujudan kecerdasan buatan (AI) dalam kehidupan seharian perlu dimanfaatkan sebaiknya supaya budaya, identiti dan sejarah negara kekal terjamin.

Tinjauan Harian Metro di ibu kota, baru-baru ini mendapati ramai pengguna runsing dengan kandungan AI yang tular di media sosial kerana ada yang mengandungi maklumat tidak tepat berkenaan sejarah negara.

Pemandu pelancong, Halim Made, 36, berkata, pengguna media sosial yang menggunakan AI untuk menjana bahan kandungan perlu cakna dengan fakta yang dipaparkan supaya tiada maklumat salah tersebar.

"Pengguna yang menggunakan AI untuk mencipta kandungan perlu memastikan maklumat yang digunakan adalah sahih. Jangan buta-buta percaya AI.