London: Pengembara British, Karl Bushby, 57, akhirnya menamatkan perjalanan mengelilingi dunia sejauh 31,000 batu (49,890 kilometer) selama 28 tahun apabila tiba di rumah tempat dia membesar Hull, England, United Kingdom (UK), pada Isnin.

Bushby memulakan pengembaraan itu selepas perkahwinannya berakhir, diinspirasikan oleh bapanya yang pernah tertanya-tanya sama ada perjalanan dari London ke New York dengan berjalan kaki boleh dilakukan.

Difahamkan, dengan hanya membawa khemah, wang tunai beberapa ratus dolar dan kamera plastik murah, dia memulakan perjalanan di Chile sebelum merentasi benua Amerika, menyeberangi kawasan berais antara Alaska dan Rusia serta meneruskan perjalanan melalui Mongolia dan China.