Golongan kaya sembunyi pendapatan, pekerja jujur bayar cukai - PM

Cyberjaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak adil apabila pekerja yang jujur terus membayar cukai sedangkan golongan yang memiliki sumber kewangan lebih besar menyembunyikan pendapatan melalui pelbagai lapisan urus niaga dan helah perakaunan.

Perdana Menteri menegaskan keadilan menuntut supaya undang-undang percukaian dilaksanakan secara saksama bagi memastikan semua pihak menunaikan tanggungjawab masing-masing kepada negara.

Katanya, pelaksanaan e-Invois menjadi antara instrumen penting untuk meningkatkan ketelusan rekod urus niaga, mengesan ketidakpatuhan dan memperkukuh keadilan dalam sistem percukaian negara.