KUALA LUMPUR: Menyangka kontroversi yang melanda dirinya sejak dua hingga tiga bulan lalu sudah menamatkan perjalanan seni, pelakon Amir Ahnaf tidak mampu menahan sebak apabila melihat sokongan luar biasa penggiat industri dan peminat pada gala filem Baga: Esok Untuk Siapa, malam tadi.

Amir yang menjadi teraju utama filem arahan Ariff Zulkarnain itu mengakui, sokongan diterima cukup bermakna sehingga menyentuh emosinya, apatah lagi apabila dia pernah kehilangan keyakinan diri dan merasakan tiada lagi tempat buatnya dalam industri hiburan.

Katanya, pengalaman berkenaan membuatkan dia mula mempersoalkan keupayaan diri untuk terus bertahan dalam dunia seni.

"Buat julung kali, selepas apa yang berlaku dalam dua tiga bulan lalu, saya hilang kepercayaan terhadap diri sendiri.