Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah, Zul Huzaimy berpendapat artis senior perlu memberi peluang dan membantu barisan pelapis untuk mengetengahkan bakat mereka sekali gus merancakkan lagi industri seni tanah air.

Zul Huzaimy atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 47, berkata artis senior tidak perlu memperkecilkan bakat pelakon baharu yang mahu mencari tapak dalam bidang lakonan.

Menurutnya, ini kerana setiap orang mempunyai bakat, kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.

"Kadang-kadang seseorang pelakon dipilih untuk membawa watak tertentu, tetapi watak itu mungkin tidak sesuai dengan dirinya. Itu soal kesesuaian watak, bukannya bermaksud dia tidak berbakat.