Kuala Lumpur: Kerajaan menolak andaian peningkatan kes penyeludupan dadah berskala besar di negara ini berpunca daripada pemansuhan hukuman mati mandatori.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu belum dapat dipastikan, namun beliau mengakui negara berdepan cabaran dalam mengawal sempadan negara yang agak sering dibolosi, sama ada di darat, laut dan udara.
"Apakah (peningkatan kes) kerana kita kurang hukuman gantung, menidakkan hukuman gantung? Belum dapat dipastikan kerana sebenarnya sempadan kita agak bolos di laluan laut dan darat, malah sekarang ini di udara.
"Sebab itu kita memperkukuh agensi AKPS (Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan) sebab kita tahu penyeludupan itu (berskala) besar," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakya, hari ini.








