IPOH: Pegawai kanan polis, Deputi Supritendan Mohd Nazri Abdul Razak terlepas hukuman mati selepas pertuduhan membunuh seorang pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebelum ini dipinda kepada Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini, hari ini.
Mohd Nazri, 47, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan dan diperintah membayar wang pampasan sebanyak RM50,000 selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim, Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet terhadap pertuduhan yang dipinda di akhir kes perbicaraan.
Tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara terbabit bermula dari tarikh ditangkap pada 15 Disember 2023.









