MENONTON lakonan Rusdi Ramli ibarat menyaksikan seorang anak seni mempertaruhkan seluruh jiwa demi menghidupkan watak. Setiap dialog, gerak tubuh dan riak wajah bukan sekadar pelengkap adegan, sebaliknya cerminan kesungguhan seorang pelakon memahami denyut nadi karakter, lalu menghidangkannya kepada penonton dengan penuh penghayatan.
Hampir empat dekad berkecimpung dalam dunia seni, Rusdi sudah menyaksikan pelbagai perubahan landskap drama tempatan sekali gus mengubah cara seseorang pelakon membina nama dan mempertahankan kedudukannya.
Bagi pelakon berpengalaman itu, tiada formula rahsia untuk bertahan lama. Disiplin, kecintaan terhadap pekerjaan dan kesediaan untuk terus belajar menjadi pegangan utamanya.









%2Ffile%2Fattachments%2F888%2FMCA_458180.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)