Masjid Tanah: Meningkatkan kualiti infrastruktur bagi mengembangkan sektor pelancongan di Tanjung Bidara antara tekad calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Yunazri Mustamiri sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Mohd Yunazri berkata, pelancongan adalah sektor yang dikenal pasti pihaknya berpotensi untuk dikembangkan di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun katanya, usaha itu perlu didahului dengan peningkatan kualiti infrastruktur setempat.
"Saya lihat Tanjung Bidara memiliki potensi sebagai sektor pelancongan yang boleh dikembangkan. Ia sekaligus meningkatkan ekonomi penduduk setempat.








