MELAKA: Pengalaman kehilangan kuasa sebelum ini perlu menjadi pengajaran kepada seluruh jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak mengulangi episod sama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini.
Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, seluruh jentera parti perlu mengambil iktibar daripada pengalaman berkenaan dengan memastikan mandat rakyat yang diperoleh tidak terlepas sekali lagi.
“Cukuplah sekali kerana rasa hilang kerajaan, jangan ada lagi,” katanya ketika berucap di hadapan jentera BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu hari ini.
Beliau berkata, seluruh jentera perlu terus bekerja keras sehingga hari pengundian bagi memastikan mesej dan tawaran BN dapat disampaikan kepada setiap lapisan pengundi.








