Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh ulas kenyataan pengerusi PH negeri, Adly Zahari, yang personal pencapaian pentadbiran BN walaupun diberikan mandat besar pada PRN Melaka lepas.HANG TUAH JAYA: Barisan Nasional (BN) Melaka tidak perlu menjelaskan satu-persatu pencapaian pentadbirannya kerana rakyat negeri itu sendiri tahu apa yang telah diusahakan oleh kerajaan negeri, kata Ab Rauf Yusoh.

Pengerusi BN Melaka itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Adly Zahari, yang mempersoalkan pencapaian pentadbiran BN walaupun diberikan mandat besar pada PRN Melaka lepas.

"Saya tak nak ulas kerana beliau juga pernah jadi ketua menteri Melaka. Saya pun tak nak ulas masa dia jadi menteri apa dia buat," katanya kepada media selepas melawat Bilik Gerakan BN DUN Telok Mas.