BAGAN DATUK: Barisan Nasional (BN) bersedia menawarkan kedudukan dalam pentadbiran kerajaan negeri kepada wakil Perikatan Nasional (PN) sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata pendekatan itu selaras kerjasama politik yang dimeterai kedua-dua gabungan bagi menghadapi PRN kali ini.

"Sebagaimana yang berlaku di Negeri Sembilan menerusi kerjasama dengan PN dan di Melaka bersama PH sebelum ini, kita menghormati persetujuan dengan memberikan pelantikan kepada rakan kerjasama untuk menganggotai kerajaan negeri.

"Justeru, kita akan mengambil pendekatan sama dengan menjemput wakil PN yang memenangi kerusi untuk menganggotai kerajaan negeri sekiranya kita berjaya membentuk kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali 2026, di sini hari ini.