PUCHONG – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Tengah, Jalan Kempas di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu daripada ahli keluarganya kira-kira pukul 12.57 tengah hari, hari ini.
Menurutnya, orang hilang (OH) dikenali sebagai Muhammad Adam Khairul Azwan itu kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya kira-kira pukul 9 malam semalam.
“Ketika keluar, OH memakai baju T-shirt berwarna hitam, seluar trek hitam dan selipar Nike.








