Ravenna, Itali: Legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho, akan kembali beraksi dalam perlawanan kompetitif bulan depan apabila mewakili kelab divisyen tiga Itali, Ravenna, menentang seteru tetangga Forli pada 15 November ini.
Bekas penyerang Barcelona dan AC Milan berusia 46 tahun itu membantu Brazil menjuarai Piala Dunia 2002 dan memenangi Ballon d'Or pada tahun 2005.
Kali terakhir dia beraksi dalam perlawanan kompetitif ialah bersama kelab Brazil, Fluminense, pada tahun 2015 sebelum mengumumkan persaraan secara rasmi pada tahun 2018.
Ravenna menandatangani Ronaldinho pada Jun lalu sebelum bekas pemain itu memperoleh pegangan saham dalam kelab berkenaan, yang dimiliki rakannya, Ignazio Cipriani.








