KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung menjadi titik penting dalam menentukan tahap sokongan kepada DAP selepas prestasi tidak memberangsangkan di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan.

Isyarat penurunan sokongan pengundi yang bermula di PRN Sabah dan berlanjutan ke dua negeri meletakkan DAP pada posisi kritikal untuk mempertahankan kubu kuat mereka di Melaka.

Kemerosotan ini terbukti apabila DAP gagal mempertahankan sebarang kerusi dalam PRN Sabah susulan isu persepsi tempatan dan kelemahan jentera.

Trend negatif berlanjutan di PRN Johor apabila kemenangan parti itu merosot daripada 10 kepada enam kerusi.