Melakukan pemeriksaan kesihatan gigi secara berkala mungkin dianggap perkara kecil berbanding menjalani saringan fizikal.

Hakikatnya, penjagaan oral yang konsisten penting bagi mengesan masalah pada peringkat awal serta mencegah komplikasi lebih serius.

Kesihatan gigi perlu diberi perhatian sejak usia kanak-kanak hingga dewasa secara berterusan, selain membangunkan tabiat penjagaan yang baik bagi membantu mengekalkan kebersihan mulut.

Menurut Pegawai Pergigian Residen (Orthodontik dan Pergigian Am) Klinik Hi-Dentist, Dr. Sriyatasini Rada, penjagaan perlu dimulakan sebaik sahaja gigi mula tumbuh.