MANCHESTER – Kedudukan Michael Carrick sebagai pengendali Manchester United semakin goyah apabila dua nama besar, Unai Emery dan Julian Nagelsmann muncul antara calon utama untuk mengambil alih ‘kerusi panas’ di Old Trafford dalam masa terdekat.
Sebagai rekod, United telah mengharungi musim yang mengecewakan apabila pasukan hanya mencatat dua kemenangan daripada 11 perlawanan musim ini sekali gus menjadi permulaan terburuk dalam tempoh 30 tahun.
Carrick dijangka kekal mengendalikan The Red Devils ketika melayan kunjungan Bournemouth, malam esok, tetapi masa depannya terus menjadi tanda tanya ketika pihak pengurusan mula mempertimbangkan pilihan pengganti.
Emery antara calon yang mendapat perhatian selepas membuktikan kemampuannya bersama Aston Villa sejak mengambil alih pasukan itu pada 2022 selain membantu pasukan menjulang Liga Europa musim lalu.










