Hisommudin Bakar daripada Ilham Centre sifatkan kejayaan BN pada PRN Johor dan Negeri Sembilan sebahagian disumbangkan sokongan pengundi PAS menolak PH.PETALING JAYA: Langkah Umno mendiamkan diri mengenai kemungkinan pakatan dengan PAS berbaki kurang dua minggu sebelum penamaan calon PRN Melaka dilihat mahu menguji kekuatan pilihan rayanya secara solo, kata penganalisis.

Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata, prestasi Umno pada PRN Melaka berkemungkinan membentuk keputusannya sama ada mahu menubuhkan pakatan pilihan raya di peringkat kebangsaan, menjelang PRU16.

"Sekiranya Umno boleh menang sendiri, mereka akan berada pada kedudukan lebih baik menentukan sejauh mana parti itu memerlukan PAS pada PRU16," katanya kepada FMT.