Hamzah Zainuddin berkata menjadi hak Wawasan mempertahankan kerusi disandang dua wakilnya Dr Yadzil Yaakub (Bemban) dan Sungai Udang (Dr Aleef Yusof). (Gambar Facebook)PETALING JAYA: PAS dijangka menjadi penentu kepada tuntutan Wawasan untuk mempertahankan Sungai Udang dan Bemban dalam sebarang kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka, kata penganalisis.
Tawfik Yaakub daripada Universiti Malaya, berkata PAS mungkin mengambil pendekatan pragmatik dengan mengutamakan kerjasama bersama Umno dan BN seperti diiktiraf oleh Presidennya Hadi Awang, baru-baru ini.
Tawfik Yaakub.Media melaporkan Hadi berkata, PAS menerima hakikat BN akan terus menerajui Melaka dalam kerangka kerjasama politik antara kedua-dua parti menjelang PRN.







