KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi rap dan komposer, Kmy Kmo, Mohamed Azmaili Ismail meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang pada jam 2.38 pagi, hari ini.

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Kmy Kmo atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim Mohamed Azmaili menerusi satu hantaran di akaun Threads miliknya.

"Salam semua, saya nak maklumkan, abah saya Mohamed Azmaili Ismail baru sahaja meninggalkan kita semua pada jam 2.38 pagi tadi di HTAA.

"Saya di HTAA sedang menyebarkan berita ini kepada semua kenalan Allahyarham dan diminta panjangkan berita ini kepada semua adik-beradik, ahli keluarga, dan juga kenalan-kenalan Allahyarham," tulisnya.