Nik Ahmad Nik Hassan (duduk, kanan) bersama keluarganya, termasuk anaknya, bekas menteri Nik Nazmi Nik Ahmad (tengah). (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Nik Ahmad Nik Hassan, bapa kepada bekas menteri Nik Nazmi Nik Ahmad, meninggal dunia pada usia 96 tahun.

Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Wong Chen, menerusi hantaran di Facebook menzahirkan ucapan takziah kepada Nik Nazmi serta seluruh keluarganya.

"Semoga mereka diberi kekuatan untuk menghadapi kehilangan ini," katanya.

Dilahirkan pada 1930 di Kota Bharu, Kelantan, Nik Ahmad merupakan bekas penjawat awam yang pernah berkhidmat sebagai ketua setiausaha Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada 1978, ketika kementerian itu baru ditubuhkan di bawah pentadbiran Hussein Onn.