London: Penulis Britain, Jeffrey Archer, yang menghasilkan siri novel terlaris pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Parti Konservatif serta pernah disabitkan kesalahan bersumpah bohong, meninggal dunia secara mengejut pada usia 86 tahun di sini, kata penerbitnya, HarperCollins.

Archer meninggal dunia secara mengejut dan tenang di rumahnya di antara sesi penulisan pada Isnin, kata HarperCollins.

Penyuntingnya, Kate Elton, menyifatkan beliau sebagai pencerita ulung dan impian setiap penyunting.

Penulis berkenaan dijadualkan tampil di Festival Sastera Cheltenham minggu ini bagi membincangkan 'Adam and Eve,' yang disifatkannya sebagai novel terakhirnya selepas 50 tahun berkarya.

Novel itu dijadualkan diterbitkan pada Selasa.