Kuala Lumpur: Nilai di Negeri Sembilan merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tertinggi iaitu 168 setakat jam 7 pagi, hari ini.
Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati sebanyak 21 lokasi di seluruh negara merekodkan IPU pada tahap tidak sihat.
Selain Nilai, Seremban mencatat bacaan IPU 167 diikuti Larkin (167), Batu Muda (162), Bandaraya Melaka (162), Batu Pahat (162), Pasir Gudang (161), Tangkak (161), Bukit Rambai (160) dan Kluang (157).
Sementara itu, 42 lagi kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana termasuk Banting, Seri Manjung, Shah Alam, Kota Tinggi dan Kuching.








