KUALA LUMPUR: Tangkak, Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi pada paras 183, ketika kualiti udara di beberapa kawasan di seluruh negara berada pada tahap tidak sihat.
Data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan, setakat jam 6 petang ini, beberapa kawasan di Johor turut merekodkan bacaan IPU melebihi 170, termasuk Pasir Gudang (182), Larkin (179), Segamat (173), Batu Pahat (172), Kota Tinggi (171) dan 170 masing-masing 170 di Kluang dan Pengerang.
Selain Johor, keadaan itu turut membabitkan kawasan di Lembah Klang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sarawak.
Di Kuala Lumpur, Cheras mencatatkan bacaan IPU 171, manakala Putrajaya merekodkan 160 dan Batu Muda (158).









