Jurucakap GPS Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pihak yang sebar senarai turut papar gambar individu didakwa sebagai calon mungkin mahu uji sentimen rakyat. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan senarai yang tular di media sosial mendakwa beberapa menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat daripada gabungan pemerintah itu akan digugurkan sebagai calon pada PRN akan datang.

Jurucakap GPS Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, memandangkan tiada pengumuman rasmi dibuat setakat ini, mesej yang tidak diketahui pengirimnya tidak wajar dianggap sebagai pengesahan senarai calon berpotensi.

“Surat layang tidak nyatakan atau dedahkan pengirimnya. Jadi kita tidak perlu anggap apa sahaja yang terkandung di dalamnya sebagai benar,” katanya, lapor Dayak Daily.