Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group Mohd Syafiq Abdullah terima plak penghargaan disampaikan oleh anak Premier Sarawak Abang Johari Openg, Dayang Norjihan.PETALING JAYA: VFive Group Sdn Bhd menyalurkan sumbangan kepada Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (Peryatim) bagi membantu program kebajikan dan pendidikan anak yatim di negeri itu.
Sumbangan disampaikan sempena Majlis Jamuan Amal Makan Malam anjuran AD Interact International Sdn Bhd bersama Peryatim baru-baru ini.
Majlis yang turut dihadiri Premier Sarawak Abang Johari Openg menghimpunkan wakil sektor korporat, penaja dan penyumbang bagi mengumpul dana untuk program kebajikan serta pendidikan anak-anak di bawah jagaan Peryatim.
Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group, Mohd Syafiq Abdullah, berkata penglibatan syarikat itu selari dengan usaha berkongsi manfaat hasil kejayaan perniagaan dengan masyarakat.






