Bahamas: Kejohanan golf Hero World Challenge yang dijadual berlangsung di Bahamas pada Disember ini mengumumkan 17 pemain bagi mengisi senarai penyertaan 20 pemain, namun nama penganjurnya, Tiger Woods, tiada dalam senarai berkenaan.

Kejohanan itu masih mempunyai tiga slot jemputan untuk diisi bagi melengkapkan barisan pemain bertaraf bintang yang menyaksikan tujuh daripada 10 pemain terbaik dunia bakal beraksi.

Tujuh pemain berkenaan ialah Scottie Scheffler yang menduduki ranking nombor satu dunia, Cameron Young (ketiga), Matt Fitzpatrick (keempat), Russell Henley (keenam), Chris Gotterup (ketujuh), Sam Burns (kesembilan) dan Xander Schauffele (ke-10).

Woods, 50, tidak menyertai kejohanan sejak Terbuka 2024. Jadualnya semakin terhad susulan kemalangan jalan raya pada Februari 2021 yang menyebabkan beberapa kecederaan pada kaki sehingga memerlukan pembedahan.