LUMUT – Penduduk Pulau Pangkor menggesa pihak berwajib untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu banjir kilat yang membelenggu kehidupan mereka sejak sekian lama.

Menurut penduduk Kg. Sungai Pinang Besar, Robiah Maisan, 77, dia yang telah menetap di sana sejak belasan tahun lalu berhadapan dengan masalah banjir kilat setiap kali hujan turun melebihi sejam.

“Kami di kampung ini memang sentiasa berwaspada kerana banjir kilat merupakan masalah yang sering berlaku setiap kali hujan.

“Boleh dikatakan setiap kali hujan lebat melebihi sejam, memang air akan naik dan kami sudah letih dengan banjir kila