AUSTIN – Ferrari sedang bersiap sedia menghadapi fasa penting dalam kejuaraan Formula 1 apabila dilapor bakal melakukan proses naik taraf aerodinamik yang besar pada Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) hujung minggu ini.
Menurut laporan, pasukan dari Itali itu sedang menumpukan usaha terhadap reka bentuk lantai kereta yang baharu, sidepod yang dikemas serta perubahan pada bahagian badan jentera SF-26.
Langkah ini diambil bagi mengatasi kekurangan prestasi sejak kebelakangan ini dan meningkatkan kelajuan maksimum di laluan lurus.
Objektif utama spesifikasi lantai baharu itu adalah untuk meningkatkan daya cengkaman aerodinamik (downforce) secara keseluruhan serta mengawal aliran udara di bawah kereta.








