Kuala Lumpur: Dakwaan mengenai kegiatan 'mafia korporat' dan isu salah guna kuasa membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) antara yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal rasmi Parlimen, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) meminta Perdana Menteri menyatakan perkembangan terkini mengenai dakwaan kegiatan 'mafia korporat' yang membabitkan pelanggaran hukum dan tindakan yang telah diambil selama ini.
Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) pula bertanya kepada Perdana Menteri mengenai status terkini siasatan kes penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa membabitkan FELDA termasuk anak syarikatnya, FELDA Investment Corporation.








