3 beradik maut: Datuk, abang mimpi mereka bermain dalam rumah
Pontian: Hampir dua minggu selepas kehilangan tiga cucu tersayang dalam kemalangan jalan raya, seorang datuk yang masih dibayangi kerinduan bermimpi melihat mereka bermain seperti biasa di dalam dan luar rumah.
Dalam kejadian menyayat hati pada 8 Oktober lalu, tiga beradik iaitu Nor Daniel Aiman, 18; Nor Daniel Fikri, 11, dan Puteri Naufa Raisha, 8, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang ke rumah jam 7.20 pagi.
Munaji Januri, 73, datuk kepada tiga beradik itu bermimpi bertemu cucu-cucunya seolah-olah mereka masih berada di sisi keluarga.








