LONDON – Pengurus Manchester United, Michael Carrick percaya keputusan seri 1-1 ketika berdepan Leeds United di Elland Road, kelmarin akan menjadi titik mula kepada kebangkitan yang akan dijelmakan oleh pasukannya.

Menurut Carrick, pasukannya sudah mula melakukan perkara yang betul dan dengan alasan yang tepat menyebabkan beliau yakin bahawa mereka akan memperoleh hasil yang lebih baik selepas ini.

“Sejujurnya, ini terasa seperti satu permulaan baharu. Dari segi kedudukan, kami perlu menerima hakikat tersebut dan mengambil tindakan untuk mengubah keadaan. Saya melihat matlamat dan kesungguhan yang jelas sejak beberapa hari kebelakangan ini

“Jelas sekali, ini menunjukkan bahawa para pemain benar-benar bersemangat untuk memberikan yang terbaik demi satu sama lain, selain membuktikan betapa mereka menghargai peluang beraksi untuk kelab bola sepak ini,” katanya.