KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail menjadi pengendali pertama yang direhatkan daripada tugasnya dalam saingan Liga Super musim 2026/2027 selepas kelab itu mengumumkan keputusan berkenaan berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Keputusan itu dibuat susulan kekalahan 1-2 kepada Melaka FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, petang tadi.

Menerusi kenyataan rasmi, Penang FC mengesahkan Pengarah Teknikal pasukan, Victor Andrag akan mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih berkuat kuasa serta-merta.

Perkembangan itu menyaksikan Wan Rohaimi menjadi jurulatih pertama yang direhatkan musim ini ketika saingan Liga Super masih berlangsung.