BACHOK: Meskipun mengalami pelbagai komplikasi kesihatan, seorang datuk kepada 35 cucu menggenggam ijazah doktor falsafah (PhD) pada usia 81 tahun dalam Istiadat konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini.
Dr Abdul Ghani Muhamad menghabiskan pengajian dalam bidang Tasawuf dan Tarekat tepat masa selama empat tahun, meskipun berdepan cabaran kesihatan seperti masalah darah tinggi, prostat dan saraf.
Lebih manis, kejayaan Dr Abdul Ghani yang juga graduan Phd tertua UMK diraikan lebih 20 anak, menantu dan cucu yang hadir pada majlis hari ini.
"Saya jalani dua kali pembedahan mata sepanjang pengajian, selain berdepan faktor usia lanjut seperti ingatan merosot.








