KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya pada pagi Ahad.Menerusi satu hantaran di Facebook, Abdul Hadi berkata, beliau menyampaikan hadis Nabi Muhammad SAW kepada negarawan itu."Saya ucapkan kepada Tun dengan satu hadis Nabi Muhammad SAW."Sesungguhnya bagi ALLAH apa yang Dia ambil, bagi ALLAH jua apa yang Dia berikan. Setiap sesuatu mempunyai ajal yang telah ditentukan. Bersabarlah dan harapkanlah pahala," katanya.Sebelum itu, ziarah berkenaan turut disertai Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.Beliau turut mendoakan agar Dr Mahathir terus diberikan kekuatan dan kesabaran serta sentiasa mendoakan isterinya, Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali agar beroleh kebaikan berterusan."Semoga Tun terus bersabar serta sentiasa mendoakan Tun Hasmah agar beroleh kebaikan berterusan, Insya-ALLAH," katanya.
Abdul Hadi ziarah Tun M, titip hadis Rasulullah

Key takeaways
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menziarahi Tun Dr Mahathir dan menyampaikan hadis Nabi Muhammad SAW.
- Abdul Hadi menziarahi Tun Dr Mahathir di kediamannya.
- Beliau menyampaikan hadis Nabi Muhammad SAW kepada Tun Dr Mahathir.
- Abdul Hadi mendoakan kesabaran dan kekuatan untuk Tun Dr Mahathir serta isterinya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Abdul Hadi titipkan hadis Nabi ketika ziarah Tun M
- Sinar Harian Abdul Hadi ziarah Tun M, titip hadis Rasulullah (this story)









