KUANTAN - Dua pesawat FA-50M tiba di Pangkalan Udara di sini pada Ahad, sekali gus menandakan penghantaran pertama daripada keseluruhan 18 pesawat itu yang akan diperoleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) daripada Korea Aerospace Industries (KAI).Menerusi hantaran di Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia, pesawat berkenaan berlepas dari Pangkalan Udara Labuan pada 1.45 tengah hari dan selamat mendarat di Pangkalan Udara di sini pada 3.38 petang dengan disaksikan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Muhamad Norazlan Aris. Kedua-dua pesawat berlepas dari Sacheon, Korea Selatan pada 29 Oktober lepas sebelum melaksanakan beberapa hentian transit di Jeju, Laoag di Filipina dan Labuan. Pesawat FA-50M M58-01 diterbangkan oleh juruterbang KAI, Lee Donkyu bersama-sama Pegawai Memerintah No 15 Skuadron Mejar Mohd Jamil Awang manakala pesawat M58-02 diterbangkan Kim Inchul berserta Pegawai Laksana No 15 Skuadron Mejar Muhammad Ashraf Wahab."Kedua-dua pesawat seterusnya akan menjalani proses Final Acceptance Test (FAT) oleh TUDM sebelum penerimaan rasmi yang dijangka dilaksanakan pada penghujung November 2026," menurut hantaran itu. Turut hadir menyaksikan detik bersejarah itu antaranya Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Nur Hafis Abdul Karim; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Datuk Mohd Sani Omar serta Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Datuk Ahmad Khusairi Ahmad Fadli. Sebelum ini, pesawat berkenaan dilaporkan akan dikendalikan oleh No 15 Skuadron yang kini mempunyai lebih 200 anggota, dengan persiapan penempatan operasi tertumpu di Pangkalan Udara TUDM Kuantan. - Bernama
Dua pesawat FA-50M tiba di Pangkalan Udara Kuantan

Key takeaways
Dua pesawat FA-50M tiba di Pangkalan Udara Kuantan, menandai penghantaran pertama daripada 18 pesawat yang akan diterima TUDM dari KAI.
- Pesawat FA-50M tiba di Kuantan selepas terbang dari Korea Selatan dengan beberapa hentian transit.
- Penghantaran pertama pesawat FA-50M disaksikan oleh ketua tentera udara dan pegawai tinggi.
- Pesawat akan menjalani ujian akhir sebelum penerimaan rasmi dijangka pada November 2026.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Pesawat FA-50M pertama perkukuh pertahanan ruang udara negara
- Harian Metro Pesawat kedua FA-50M tiba di Pangkalan Udara Labuan
- Berita Harian Pesawat kedua FA-50M tiba di Pangkalan Udara Labuan
- Sinar Harian Dua pesawat FA-50M tiba di Pangkalan Udara Kuantan (this story)









