KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad meluangkan masa menyantuni beberapa orang penerima topi keledar percuma ketika hadir menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)."Seronok dapat bersembang dan bertanya khabar dengan beberapa penerima topi keledar percuma menerusi inisiatif Kementerian Pengangkutan yang digerakkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)."Pesan saya, pastikan topi keledar ini dipakai dan diikat kemas. Keluar rumah dengan selamat, pulang pun biar selamat. Topi keledar baharu, semangat pun baharu!" katanya menerusi hantaran di X.Anwar berkata, menerusi Belanjawan 2026, sebanyak 70,000 unit topi keledar diperuntukkan untuk diagihkan kepada rakyat sebagai usaha menjaga keselamatan penunggang motosikal dan mengurangkan risiko kecederaan serius.Inisiatif penukaran topi keledar percuma oleh JPJ bertujuan meningkatkan keselamatan penunggang motosikal dengan menukar topi keledar lama atau topi keledar yang tidak mematuhi piawaian kepada topi keledar yang baharu bagi mengurangkan risiko kecederaan akibat kemalangan. - Bernama
Anwar santuni penerima topi keledar percuma di SIC

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyantuni penerima topi keledar percuma semasa menyaksikan perlumbaan GP Motosikal Malaysia 2026 di SIC.
- Anwar bersembang dengan penerima topi keledar percuma menerusi inisiatif Kementerian Pengangkutan.
- Belanjawan 2026 menyediakan 70,000 unit topi keledar untuk rakyat.
- Anwar menekankan pentingnya memakai topi keledar untuk keselamatan penunggang motosikal.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Topi keledar pintar HERO julang UTeM juara cabaran Shell
- Sinar Harian Anwar santuni penerima topi keledar percuma di SIC (this story)
- Harian Metro Anwar santuni penerima topi keledar percuma di SIC









