SHAH ALAM - Umat Islam yang pernah membeli dan memakan ayam yang tidak disembelih mengikut syarak tanpa mengetahui status sebenar penyembelihannya tidak menanggung dosa atas perbuatan tersebut.Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, perkara itu berlandaskan prinsip Islam yang tidak menghukum seseorang atas kesalahan dilakukan tanpa sengaja.Menurutnya, umat Islam tidak perlu berasa terlalu bimbang atau bersalah sekiranya pernah membeli dan memakan ayam dari premis terlibat tanpa mengetahui status sebenar penyembelihannya."Seseorang yang memakan makanan haram dalam keadaan benar-benar tidak mengetahui hakikatnya tanpa unsur kesengajaan atau kecuaian yang disengajakan, tidak berdosa atas perbuatan tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Sebelum ini, sebuah gudang penyembelihan dan pemprosesan ayam mentah yang tidak mematuhi syarak di Puchong diserbu menerusi Ops Taring Chiller pada Jumaat lalu selepas dikesan memproses lebih 40,000 ekor ayam sehari.Ayam berkenaan dipercayai diedarkan ke kedai runcit, restoran dan premis perniagaan sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya, Damansara, Cheras serta Bangi.Mengulas lanjut, Mohd Sukki berkata, individu yang membeli ayam dari restoran atau kedai yang pada zahirnya menjual makanan halal, kemudian memakannya tanpa mengetahui status sebenar penyembelihan tidak menanggung dosa atas makanan yang telah dimakan.Ujarnya, mereka juga tidak diwajibkan membayar kafarah, menggantikan makanan berkenaan atau melakukan amalan khusus untuk menyucikan diri."Tidak timbul juga persoalan bahawa tubuh badan seseorang menjadi najis atau ibadahnya tidak diterima semata-mata kerana pernah termakan makanan tidak halal tanpa pengetahuan."Bagaimanapun, apabila seseorang telah mendapat maklumat sahih bekalan ayam itu tidak halal, dia wajib berhenti daripada memakannya," katanya.Beliau menjelaskan, berbeza sekiranya seseorang mengetahui dengan jelas bahawa ayam berkenaan telah mati sebelum disembelih tetapi tetap sengaja memakannya tanpa keuzuran syarie.Katanya, perbuatan itu adalah berdosa dan individu terbabit wajib bertaubat kepada ALLAH SWT dengan meninggalkan perbuatan tersebut, menyesali kesalahan serta berazam tidak mengulanginya.Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya lebih prihatin terhadap sumber makanan, khususnya ayam dan daging yang memerlukan proses penyembelihan mengikut hukum syarak."Antara langkah wajar diamalkan pengguna Islam ialah mengutamakan premis dan pembekal yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah, khususnya ketika membeli ayam dan daging telah diproses."Selain itu, pengguna disaran menyemak status halal menerusi saluran rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau pihak berkuasa agama negeri dan tidak hanya bergantung kepada logo atau pengakuan penjual," katanya.Beliau turut mengingatkan umat Islam supaya memastikan sumber bekalan makanan jelas dan boleh dipercayai terutama ketika membeli ayam dalam kuantiti besar atau daripada pembekal tidak dikena
Termakan ayam haram tidak berdosa - Mufti

Key takeaways
Umat Islam yang memakan ayam tidak halal tanpa mengetahui statusnya tidak berdosa mengikut pendapat Mufti Pulau Pinang.
- Orang Islam tidak dihukum jika memakan makanan haram tanpa sengaja.
- Mereka tidak perlu berasa bersalah atau membayar kafarah.
- Ayam yang tidak disembelih mengikut syarak dikesan di Puchong dan diedarkan ke kawasan sekitar.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIDAH ASSAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Termakan ayam haram tidak berdosa - Mufti (this story)









