SIBU - Seorang lelaki dilaporkan hilang manakala dua lagi terselamat selepas bot dinaiki mereka terbalik akibat arus deras di sungai berhampiran Kampung Hulu Paloh, Tanjung Manis, petang Ahad.Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mangsa yang hilang dikenali sebagai Musliman Mohammad, 28, manakala dua individu terselamat ialah pemandu bot dan seorang penumpang."Maklumat awal mendapati bot berkenaan terbalik akibat arus deras. Pemandu bot dan seorang penumpang berjaya diselamatkan penduduk kampung, manakala seorang lagi mangsa masih belum ditemukan," katanya dalam kenyataan malam ini.Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.52 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis bergegas ke Balai Polis Tanjung Manis bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian.Jurucakap itu memaklumkan, berdasarkan arahan pihak polis, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijadualkan bermula 8 pagi esok dengan penglibatan beberapa agensi berkaitan. - Bernama
Lelaki hilang, dua selamat bot terbalik

Key takeaways
Seorang lelaki hilang manakala dua lagi terselamat selepas bot terbalik akibat arus deras di sungai berhampiran Kampung Hulu Paloh.
- Musliman Mohammad, 28, dilaporkan hilang selepas bot terbalik.
- Pemandu bot dan seorang penumpang terselamat oleh penduduk kampung.
- JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan pada 5.52 petang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Nenek hilang 4 hari ditemukan selamat
- Berita Harian Nenek hilang 4 hari ditemukan selamat di kebun getah
- Berita Harian Lelaki hilang jatuh kapal 2 hari lalu ditemui lemas
- Sinar Harian Lelaki hilang, dua selamat bot terbalik (this story)
- Berita Harian Lelaki hilang, 2 selamat bot terbalik









