KUALA LUMPUR – Polis menerima laporan berhubung kejadian seorang wanita didakwa mengasari dua kanak-kanak masing-masing berusia dua dan tujuh tahun di sebuah pusat membeli-belah di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, wanita berkenaan dipercayai menolak kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dari arah belakang sehingga terjatuh serta memukul bahagian belakang kepala kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pada jam 7.39 malam daripada seorang lelaki berusia 36 tahun yang juga bapa kedua-dua kanak-kanak berkenaan."Ketika kejadian, pengadu sedang berjalan bersama dua anaknya sebelum insiden berkenaan berlaku. Kes masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, pihak polis turut terkesan satu video berdurasi 35 saat yang tular di media sosial Threads yang memaparkan pertengkaran antara dua individu di sebuah pusat membeli-belah."Polis memandang serius kejadian itu dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden serta melengkapkan siasatan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.Menurutnya, sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan tuduhan atau berkongsi maklumat yang belum disahkan sehingga boleh menjejaskan siasatan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Dua kanak-kanak didakwa dikasari wanita di pusat beli-belah

Key takeaways
Dua kanak-kanak didakwa dikasari oleh seorang wanita di pusat beli-belah. Polis sedang siasat kejadian tersebut.
- Wanita didakwa menolak kanak-kanak lelaki dan memukul kanak-kanak perempuan.
- Polis menerima laporan daripada bapa kedua-dua kanak-kanak itu.
- Video kejadian tersebar di media sosial dan polis siasat kes tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian 3 beranak didakwa dera kanak-kanak hingga cedera
- Sinar Harian Dua kanak-kanak didakwa dikasari wanita di pusat beli-belah (this story)









