Kota Bharu: Persetujuan memperuntukkan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kepada Perikatan Nasional (PN) antara persetujuan dicapai bersama Barisan Nasional (BN) dalam rundingan kerjasama Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu sudah dibincangkan dan dipersetujui bersama sejak awal rundingan antara kedua-dua parti gabungan itu.
Beliau berkata, perkara paling penting ketika ini adalah semua pihak perlu bekerja keras memastikan kemenangan dan tidak memandang mudah mana-mana saingan.
"Persefahaman dan kerjasama antara semua pihak amat penting bagi memastikan kejayaan kita pada pilihan raya 14 November ini.








