Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi berkata gabungan itu akan menjemput wakil Perikatan Nasional yang memenangi kerusi untuk menganggotai kerajaan negeri jika berjaya membentuk kerajaan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) memperuntukkan jawatan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Melaka kepada Perikatan Nasional (PN) sekiranya gabungan itu berjaya memenangi PRN pada 14 Nov ini, kata Pengerusinya Zahid Hamidi.

Zahid berkata pendekatan itu selaras kerjasama politik dimeterai antara kedua-dua gabungan bagi menghadapi PRN kali ini.

"Sebagaimana yang berlaku di Negeri Sembilan menerusi kerjasama dengan PN dan di Melaka bersama PH sebelum ini, kita menghormati persetujuan dengan memberikan pelantikan kepada rakan kerjasama untuk menganggotai kerajaan negeri.