Pengarah Strategi Amanah Ahmad Sabki Yusof kata gerak kerja pilihan raya mesti bermula sekarang tanpa menunggu pembubaran Parlimen.PETALING JAYA: Amanah meletakkan sasaran 32 kerusi Parlimen pada PRU16, berbanding 54 kawasan yang ditandingi parti itu pada PRU15.
Pengarah Strategi Amanah Ahmad Sabki Yusof berkata 18 daripada 32 kerusi berkenaan ditetapkan sebagai kawasan tumpuan.
Perkara ini ditetapkan dalam sesi pemukiman pilihan raya Amanah pada September, katanya.
"Kita sampaikan kepada Pakatan Harapan (PH) sejumlah kerusi yang cukup untuk kita pertahankan kerajaan Madani," katanya lapor Berita Harian, dalam ucapan sempena Konvensyen Amanah Perak.







