IPOH – Parti Amanah Negara (Amanah) menyasarkan untuk bertanding di 32 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dengan 18 daripadanya dikenal pasti sebagai kerusi fokus yang berpotensi dimenangi.Pengarah Strategi Amanah, Ahmad Sabki Yusof berkata, ketetapan itu dibuat menerusi pemukiman pilihan raya parti di peringkat nasional pada September lalu sebagai sebahagian daripada strategi memperkukuh kedudukan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi pilihan raya akan datang.Menurutnya, Amanah juga memutuskan untuk mempersiapkan diri menghadapi PRU16 dan pilihan raya negeri (PRN) atas kapasiti PH tanpa membayangkan sebarang kerjasama dengan parti lain buat masa ini."Kita bermula dengan memperkukuhkan Pakatan Harapan dengan tiga parti yang kita ada iaitu Amanah, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan DAP serta memperkukuhkan saf kita."Kita berazam untuk mengekalkan pentadbiran kita sama ada di peringkat nasional mahupun negeri-negeri dengan kekuatan kita sendiri," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Perak 2026 di sebuah hotel di sini pada Ahad.Ahmad Sabki berkata, keputusan itu turut mengambil kira perkembangan politik semasa termasuk kecenderungan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).Sehubungan itu, katanya, Amanah perlu memperkukuh kekuatan sendiri bagi memastikan parti mampu menyumbang jumlah kerusi mencukupi untuk mempertahankan Kerajaan Madani.Dalam pada itu, beliau berkata, Amanah menetapkan persiapan pilihan raya perlu dimulakan sekarang dan tidak menunggu sehingga Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.Menurutnya, semua kawasan yang dikenal pasti sebagai sasaran dan fokus perlu menggerakkan jentera masing-masing menerusi aktiviti kempen serta pemantauan berkala berdasarkan perancangan dan data pilihan raya."Ketetapan kita adalah sasaran bertanding 32 kerusi Parlimen dan fokus kita 18 kerusi."Di Perak, sasaran bertanding adalah 19 kerusi manakala enam kerusi dikenal pasti sebagai fokus," katanya.Beliau turut memuji Amanah Perak yang memulakan persiapan sejak tahun lalu, termasuk membangunkan rangka kerja kesiapsiagaan jentera di peringkat kawasan serta melaksanakan pemantauan setiap tiga bulan.Ahmad Sabki berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan gerak kerja parti dapat dilaksanakan secara tersusun dan berterusan sebelum tiba musim pilihan raya.Tambahnya, Amanah perlu memberi tumpuan kepada kekuatan di lapangan berikutan kemenangan PH dalam pilihan raya terdahulu banyak bergantung kepada gelombang politik di peringkat nasional.
PRU16: Amanah letak sasaran tanding 32 kerusi Parlimen

Key takeaways
Amanah menetapkan sasaran untuk bertanding 32 kerusi Parlimen dalam PRU16, termasuk 18 kerusi fokus.
- Amanah bercadang untuk bertanding 32 kerusi Parlimen pada PRU16.
- Parti itu akan memperkukuh Pakatan Harapan tanpa kerjasama dengan parti lain.
- Amanah perlu memperkuat kekuatan untuk mempertahankan kerajaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- SAIFULLAH AHMAD
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Amanah saran PH tanding solo PRN Melaka, PRU16
- Sinar Harian PRU16: Amanah letak sasaran tanding 32 kerusi Parlimen (this story)
- Berita Harian AMANAH sasar tanding 32 kerusi Parlimen pada PRU16
- Free Malaysia Today PRU16: Amanah letak sasaran 32 kerusi Parlimen







