Munich: Krisis kecederaan Bayern Munich semakin meruncing apabila Ismael Saibari dan Serge Gnabry terpaksa diketepikan untuk tempoh tidak ditentukan susulan kecederaan dialami ketika seri 2-2 menentang Borussia Dortmund dalam aksi Bundesliga, semalam.

Saibari mengalami koyakan ligamen di buku lali kanan selepas dipercayai terseliuh ketika perlawanan itu sebelum menjalani pembedahan yang disahkan berjaya.

Pemain antarabangsa Maghribi itu turut dilihat meninggalkan stadium menggunakan tongkat selepas insiden berkenaan.

Gnabry pula dikeluarkan hanya dua minit selepas Saibari meninggalkan padang, dengan Bayern kemudian mengesahkan pemain sayap Jerman itu mengalami kecederaan otot di bahagian belakang paha kiri.