Johor Bahru: Perselisihan faham berkaitan masalah keluarga dipercayai menjadi punca pergaduhan membabitkan tiga lelaki termasuk seorang warga emas di hadapan sebuah kedai di kawasan Plentong, di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 27 hingga 60 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, polis mengesan video berdurasi dua minit enam saat yang memaparkan kejadian itu selepas ia dimuat naik menerusi akaun Facebook (FB) pada Sabtu.

"Hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek memiliki hubungan kekeluargaan dan punca pergaduhan juga disebabkan masalah keluarga.