KUALA LUMPUR: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) memandang serius terhadap dakwaan penderaan seksual membabitkan seekor kucing susulan penularan satu rakaman video yang mengganggu emosi dan dipercayai dikongsi melalui platform TikTok.
Sehubungan itu, SAFM menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung kes itu.
SAFM menekankan sekiranya dakwaan itu terbukti benar, perbuatan berkenaan adalah satu bentuk penganiayaan serius terhadap haiwan dan pelakunya wajar dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.
"SAFM menggesa pihak berkuasa menyiasat kemungkinan pemakaian Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772), sekiranya berkaitan.







