Johor Bahru: Remaja perempuan cedera selepas dipercayai diserang sawan sebelum terjatuh dari tingkat dua sebuah flat di kawasan Tampoi di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, mangsa berusia 18 tahun itu ditemui terbaring di kaki lima bangunan berkenaan dalam keadaan sedar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan sejurus kejadian itu berlaku.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengalami serangan sawan ketika menjenguk ke bawah dari tembok tangga sebelum hilang kawalan lalu terjatuh dari tingkat dua flat berlainan.