JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun cedera selepas dipercayai mengalami serangan sawan sebelum tergelincir dari tingkat dua sebuah flat di Tampoi, di sini, tengah hari Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari itu, mangsa ditemukan dalam keadaan sedar dan terbaring di kaki lima di sisi bangunan flat berkenaan.Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengalami serangan sawan ketika menjenguk ke bawah dari tembok tangga.Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala, leher, pergelangan tangan kiri serta kaki kanan."Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru."Polis sudah mengenal pasti empat saksi dan akan merakam percakapan mereka bagi melengkapkan siasatan," katanya dalam kenyataan pada malam Ahad.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Hotline IPD Johor Bahru Utara di talian 07-5563122 bagi membantu siasatan.
Remaja perempuan dipercayai diserang sawan sebelum dijumpai di tingkat dua flat

Key takeaways
Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun cedera selepas diserang sawan dan tergelincir dari tingkat dua flat di Tampoi.
- Mangsa ditemukan sedar di kaki lima bangunan flat setelah diserang sawan.
- Dia mengalami kecederaan pada kepala, leher, tangan dan kaki.
- Polis sedang siasat kejadian dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Remaja perempuan dipercayai diserang sawan sebelum dijumpai di tingkat dua flat (this story)
- Berita Harian Remaja perempuan diserang sawan cedera jatuh flet








